Wednesday, 8 June 2011

Melayu itu Bangsa Islam itu Agama

Remaja Melayu harus dapat membezakan tentang Melayu itu adalah suatu bangsa dan Islam itu adalah suatu agama. Seperti juga suatu ketika dulu Melayu adalah suatu bangsa dan Buddha dan Hindu adalah agamanya. Proses dakwah dan sejarah telah menjadikan bangsa Melayu beragama Islam.
Allah menyebutkan di dalam al-Quran bahawa bangsa-bangsa itu adalah diciptakan. Mesti ada sebab atau hikmah mengapa bangsa-bangsa itu diciptakan.
Paling tidak di dalam al-Quran menyebutkan supaya berlaku proses litaarrafu atau berkenalan dalam erti kata yang luas. Berkenalan boleh membawa kepada perkongsian hal-hal yang memberi manfaat. Ia juga boleh membawa kerjasama dan toleransi. Selain itu, juga boleh memberikan jalan terhadap perkongsian nilai-nilai bersama yang memberi faedah bersama.
Kewujudan suatu bangsa adalah suatu takdir. Apa yang menjadi asas bangunnya sesuatu bangsa berkait rapat dengan agama. Melayu sebagai suatu bangsa apabila ditindikkan dengan Islam, ia membawa konotasi atau maksud ummah. Islam membentuk pandangan alam atau tasawwur orang-orang Melayu.
Islam membentuk jalur berfikir dan bertindak orang-orang Melayu. Sekiranya bangsa Melayu menjadikan Islam sebagai cara hidup, ia bermakna Islam mendasari kehidupan orang Melayu.
Sebaliknya, sekiranya orang-orang Melayu menjadikan Islam tidak lebih sebagai pengenalan atau identifikasi agama, maka tidak banyak jalur hidupnya dipengaruhi oleh agama ini. Bangsa ini bakal terdedah untuk menganut apa saja fahaman baik Barat dan Timur dan tidak menjadikan Islam sebagai dasar hidupnya.
Ia tidak bermakna bahawa menjadi Islam, aspek-aspek budaya yang positif yang ada pada bangsa Melayu harus ditolak. Islam memberikan asas prinsip dan budaya Melayu melakukan adaptasi kepada prinsip tersebut.
Contohnya Islam memberi asas kepada prinsip berpakaian dan menutup aurat. Dengan menggunakan baju Melayu atau baju kurung yang bertudung, prinsip itu dapat dipatuhi walaupun berasaskan budaya Melayu.
Gotong-royong adalah amalan orang Melayu turun-temurun. Amalan ini selari dengan prinsip jemaah yang dianjurkan oleh Islam. Apabila semangat gotong-royong berkembang dalam orang Melayu, ia menggalakkan prinsip kerjasama dan muafakat. Ia selari dengan prinsip jemaah yang dianjurkan oleh Islam.
Apabila Islam menjadi anutan bangsa Melayu, konsep ummah menjadi dasar kepada budaya hidup orang- orang Melayu. Faktor akidah yang menjadi faktor penyatuan bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain yang beragama Islam menjadikan konsep ummah sebagai ikatan yang menghubungkan manusia sesama manusia.
Kelainan dan perbezaan yang ada dari segi taraf dan status bukanlah isu. Ini kerana Islam memberikan prinsip asas bahawa yang terbaik dalam kalangan bangsa-bangsa atau individu ialah umat yang bertakwa. Prinsip takwa tidak saja menghubungkan manusia atau bangsa-bangsa dengan Penciptanya tetapi menghubungkan manusia sesama manusia dalam erti kata yang luas.
Bagi menjadikan bangsa Melayu sebahagian dari ummah yang kuat, penguasaan ilmu pengetahuan menjadi syarat penting. Dalam masa yang sama bangsa Melayu harus menjadi bangsa contoh dalam memberikan khidmat dan amanah, keadilan dalam layanan, akhlak yang terpuji supaya kualiti bangsa itu tegak atas prinsip-prinsip murni yang dianjurkan oleh Islam.
Kalau bangsa Melayu tidak menjadikan Islam sebagai dasar hidup, orang-orang Melayu akan cenderung bersifat perkauman. Pertimbangan dalam tindakan lebih banyak tertumpu kepada pertimbangan bangsa atau kaum tidak pertimbangan agama. Sekiranya perkara seperti ini terjadi kejelasan orang-orang Melayu dengan imej Islamnya akan tercalar.
Remaja Melayu dalam memahami makna bangsa dan agama harus jelas. Memang benar Melayu ialah suatu bangsa. Suatu bangsa itu memerlukan pedoman, sistem nilai, asas tamadun, tradisi dan budaya supaya bangsa itu menjadi hebat dan alamiah atau global sifatnya. Islam adalah agama tamadun dan pernah memimpin pemikiran manusia lebih 700 tahun.
Menghubungkan faktor Melayu dengan faktor Islam menjadikan bangsa Melayu sebahagian dari ummah dalam erti kata yang luas.
Remaja Melayu harus mampu mengisi proses pembinaan diri dengan menjadikan Islam sebagai asas dan prinsip. Dalam bidang ilmu pengetahuan, Islam menganjurkan orang lelaki dan perempuan wajib menuntut ilmu. Pendidikan dalam tradisi Islam adalah pendidikan sepanjang hayat.
Ilmu-ilmu yang dipelajari tidak saja dari tradisi dan tamadun Islam sendiri tetapi diharuskan untuk mempelajari sumber-sumber ilmu dari tamadun lain selagi ia memberi manfaat.
Remaja Melayu harus memiliki sistem nilai yang tinggi supaya asas membezakan baik dan buruk akan sesuatu diambil dari pertimbangan Islam.
Kalaulah pertimbangan bangsa dan individu yang dijadikan sandaran ia mungkin cenderung menyuburkan
faham individu, perkauman atau
nafsu-nafsi.
Remaja Melayu dalam menghadapi kerenah zaman harus memahami terlebih dahulu kekuatan yang pernah ada dalam tamadun Melayu yang berasaskan Islam atau tamadun umat yang berkembang di bawah keunggulan peribadi dan ilmu Islam. Menguasai aspek-aspek ini boleh menyumbang ke arah memperkasakan remaja dengan faktor-faktor berbanding yang tinggi dan boleh memandu remaja ke arah membuat pilihan yang betul dan tepat dalam proses untuk maju dan membangun.
Justeru itu cabaran utama bangsa Melayu kini ialah cabaran kepimpinan dan kepengikutan, cabaran keilmuan dan penguasaan teknologi, cabaran ekonomi dan juga pengurusan, cabaran strategik dan mengurus krisis dan cabaran menjadi bangsa penyumbang yang bermakna.
Ia mengundang remaja Melayu supaya memiliki fokus dalam hidup. Ramai remaja Melayu kini sudah hilang fokus dalam menempuh jalur kehidupan. Kemakmuran kebendaan yang ada disalahgunakan untuk terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang merosakkan. Hilangnya fokus ini menyebabkan sebahagian remaja Melayu tidak menjadi aset kepada negara tetapi menjadi beban jangka panjang yang merumitkan.
Di samping fokus, remaja Melayu harus memiliki usaha yang berterusan. Banyak elemen malas, membuang masa, berlagak, melanggar peraturan dan undang-undang, gaya hidup bermewah-mewah, menjadi ‘pak turut’ terhadap sesuatu yang negatif, suka bercinta secara nafsu nafsi.
Malah ramai yang sudah hilang pertimbangan agama dengan menjadi murtad. Tidak tahu dosa pahala dalam amalan dan perlakuan. Akibatnya isu remaja Melayu sering menjadi polemik semasa dan perkembangan yang ada semakin membimbangkan.
Akar kepada masalah ini ialah remaja Melayu mengalami ketirisan akidah dan iman. Darinya timbul masalah akhlak yang semakin subur. Jalan keluarnya perlu diperkasakan mereka dengan fahaman agama yang berasaskan ilmu dan tamadun.
Pendidikan dalam keluarga , institusi pengajian dan pendidikan, masyarakat harus dibentuk ke arah saling menyumbang bagi memperkasa remaja Melayu dengan kekuatan agama dan pemahaman terhadap kepentingan adab dan peradaban.

Tuesday, 7 June 2011

TAMADUN MELAYU : MASA DEPAN

TAMADUN MELAYU: MASA DEPAN
Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang berpaksikan akidah yang
mantap, keluhuran undang-undang islam, kemakmuran yang diredhai oleh Allah dan
akhlak umat yang tinggi. Untuk mencapai kecemerlangan masa depan dalam tamadun
melayu, khasnya masyarakat Malaysia perlu mengejar untuk menjadi suatu masyarakat
murni yang bersih dari sampah sarap kebendaan, rasuah, penyelewengan dan akhlak yang
buruk. Situasi ini amat bersesuaian kerana dalam dua, tiga tahun ini telah berlaku
beberapa cetusan idea di kalangan masyrakat melayu iaitu masyarakat berilmu, budaya
berfikir dan Malaysia Baru. Menurut Kassim Ahmad (1994), Perdana Menteri Malaysia
iaitu Dato‘ Seri Dr Mahathir Mohamad sendiri telah merancangkan kita dengan visi
wawasan 2020. Masa depan ke arah mencapai impian wawasan 2020 ini dapat dicapai
melalui beberapa faktor. Pertama dasar dan falsafah negara, kedua bentuk masyarakat
yang hendak dibina ketiga wawasan yang hendak di tuju dan keempat usaha ke arah
membina –masyarakat madani‘. Masyarakat madani adalah masyarakat yang bersih dari
segala bentuk, syirik dan bentuk jahiliah.masyarakat. Masyarakat melayu pada hari ini
ialah barangkali digambarkan sebagai pramasyarakat madani iaitu keadaan sebelum
masyarakat madani. Namun tidak mustahil menjelang wawasan 2020 nanti, masyarakat
melayu lebih bertamadun dalam erti kata yang sebenarnya.
Untuk mencapai masyarakat yang cemerlang pada masa depan, kita memerlukan
bimbingan dari Ilahi. Bangsa melayu telah mmenganut agama islam sejak kerajaan
melayu iaitu 500 tahun dahulu. Daripada Al-Quranlah kita harus mencari panduan untuk
menghindari bangsa melayu daripasa terhapus serta untuk membangunkan tamadun baru
bangsa dalam abad ke 21.1 Selain itu , untuk membangunkan sebuah tamadun Malaysia
Baru dalam abad ke 21, pemimpin dan rakyat kita mestilah kembali berpegang pada
ajaran Al-Quran yang telah bertanggungjawab membangunkan tamadun dan empayar
Islam dari abad ke sembilan hingga ke abad ke 13. dalam Al-Quran Tuhan memberi
contoh raja Mesir atau firaun yang dianggap sebagai tuhan oleh rakyatnya, dan tuhan itu
menghancurkan mereka akhirnya. Demikian kita mesti mengambil iktibar bahawa kita
wajib berpegang teguh dan tunduk kepeda Allah dan tidak boleh tunduk pada sesiapa
selain Allah. Faktor inilah boleh menjadikan tamadun melayu cemerlang di masa depan.
Gambaran masa depan tamadun melayu masih lagi kabur. Cebisan masa depan itu
samalah rupa seekor gajah yang cuba digambarkan oleh enam orang buta. Orang yang
memegang ekor gajah tidak sama dengan orang yang meraba telinga gajah. Usaha untuk
bertindak merebut peluang masa depan itu menjadi tidak keruan.2 Oleh itu, kita
memerlukan gambaran yang lengkap tentang realiti dan kaedah-kaedah bertindak
merebut peluang masa depan. Dalam mencapai tamadun abad 21 adalah dipengaruhi oleh
keupayaan manusia meneroka, membangun dan menggunakan manipulasi, sekurangsekurangnya
20 tahun teknologi teras secara produktif dan optimum. Di samping
itu,pemimpin negara Malaysia juga haruslah mempunyai keinginan dan daya usaha
untuk memsnifestasikan kewujudan generasi masa hadapan yang mempunyai ciri-ciri
pemimpin seperti yang diimpikan oleh Umar Ibn Al-Khattab. Kejayaan wawasan 2020
banyak bergantung kepada kejayaan pemimpin masa kini yang membina generasi pelapis
yang bermutu untuk mencapai kecemerlangan di masa hadapan. Suria Janib (1996),
1 Kata “kata ini dipetik melalui tulisan Kassim Ahmad iaitu Masa Depan Bangsa Melayu, Dewan
Masyarakat 1994 m/s 24.
2 Seperti gambaran Alvin Toffler dalam future shock. Iaitu boleh jadi kejutan demi kejutan, akan
menghinggapi seorang rakyat negara ini menjelang 2000 hingga 2020.
mengatakan bahawa contohilah Imam Ghazali dan Imam Syafie untuk cari ilmu dan ilmu
itu dimanfaatkan untuk generasi akan datang.
Masyarakat melayu juga perlu menglami transformasi yang radikal iaitu
pemmbaharuan melayu dalam konsep maju dalam ”acuan sendiri„ seperti yang
berteraskan prinsip dan nilai-nilai dasar agama dan budaya kita sendiri.3 Walau
bagaimanapun dari segi kata lain, proses pembaharuan ialah satu proses yang berterusan
yang harus dialami oleh setiap umatyang ingin mengemaskinikan diri, sesuai dengan
pembaharuan zaman. Jadi dalam hubungan inilah uamt melayu harus menghadapi
perubahan bagi menghadapi cabaran ke 21. Masyarakat melayu sekarang juga perlu
bijak mengunakan kemudahan-kemudahan yang diperuntukkan negara dalam memajukan
diri sendiri dan masa depan Malaysia. Falsafah in ada dijelaskan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Dato‘ Seri Dr Mahathir Mohamad yang berucap semasa mersmikan pelancaran
Putrajaya pada 25 Ogos 1993. Kecemerlangan tamadun melayu semakin berkembang
apabila wujudnya projek raksasa Koridor Raya Multimedia yang diumumkan pada akhir
tahun 1996 yang menjadikan kawasan yang dilengkapi infrastruktur, perundangan, dasar
dan amalan yang memungkinkan firma-firma multimedia menerokai dunia maklumat
tanpa sempadan.
Di samping itu juga, dalam pemerinthan negara Malaysia, masyarakat melayu
sudah mempunyai pentadbiran yang cekap iaitu mempunyai jentera pentadbiran yang
boleh dibanggakan. Ia bukan sahaja cekap, disiplin dan produktif tetapi bermutu tinggi
dan setanding dengan jentera pentadbiran di negara-negara maju. Dengan wujudnya
masyarakat melayu yang bersatu padu, sentiasa memelihara moral dan etika serta
3 Seperti di dalam surah Al-Rad ayat 11, ” sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum
sehingga kaum itu merubah apa yang ada pada dirinya „.
masyarakat liberal dan bertolak ansur, maka tidak mustahil suatu hari nanti negara
Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bertamadun. Jikalau di zaman pemjajah
Inggeris, anak melayu menjadi petani, pegawai rendah, tetapi sekarang sudah berubah
menjadi ketua jabatan saintis, actuarist, ahli fizik nuclear, pakar bedah dan pakar dalam
pelbagai bidang serta menjadi ahli korporat. Inilah masanya untuk membuktikan kepada
dunia bahawa orang melayu boleh menjadi pengurus yang cekap dan baik serta mampu
membangunkan kegemilangan tamadun Islam.
Selain itu, sains dan teknologi juga merupakan teras utama kepada pembangunan
sesebuah bangsa melayu menjelang tahun 2020. keadaan ini dapat dilihat apabila
komputer bukan lagi menjadi barangan mewah, tetapi keperluan harian manusia di masa
hadapan.4 Kekuatan teknologi terletak kepada pembangunan sumber tenaga manusia.
Justeru itu, masyarakat melayu perlu menjadikan Malaysia sebagai negara penyumbang
kepada sains dan teknologi dan bukan hanya pengguna kemudahan itu menjelang tahun
2020. Hasrat pembangunan ini tidak dapat di laksanakan, jika masyarakat melayu tidak
mempunyai prinsip hidup yang mantap berteraskan sistem nilai yang murni, beradap dan
berakhlak mulia. Sejarah telah menunjukkan bahawa negara dan tamadun ada pasang
surutnya iaitu yang jatuh dan bangun sepanjang masa pemerintahannya. Oleh itu, adalah
penting bagi Malaysia dan rakyatnya mengkaji status pasang surut sesuatu tamadun agar
dapat rakyatnya menjadikan iktibar untuk kemantapan pembangunan tamadun melayu
dan negara Malaysia pada masa akan datang.
4 Di petik kata-kata Fathi Aris Omar dalam tulisannya menjengah abad ke-21.Majalah Tamadun (1996)
m/s 49.
Rujukan
Abd Shukur Harun. (1996,Oktober ). Menjengah abad ke-21. Tamadun 10, 47-49.
Ahmad Najdudin Asis. (1994). Pentadbiran yang cekap. http: //www.com.upm.edu.my
(13 Julai.2001).
Fathi Aris Omar. (1996,Oktober). Menjengah abad ke-21. Tamadun 10, 47-49.
Dr Mohd Yusuf Haji Othman. (1994,Februari). Teknologi dan industri :cabaran
pembangunan negara. Risalah 2, 28-29.
Dr Mohd Yusuf Haji Othman. (1994, April). Unsur-unsur pembinaan tamadun manusia
cemerlang. Risalah 4, 34-35
Dr Siddiq Fadhil.(1994, Februari). Perlukah watak melayu baru?. Risalah 2, 42-43
Dr Siddiq Fadhil. (1994, April). Membentuk generasi bermutu abad ke-21. risalah 4,
26-27.
Kassim Ahmad.(1994,Mac). Masa depan bangsa melayu. Dewan masyarakat 3, 24-26
http://tatabahasabm.tripod.com